Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera teman-teman pembaca sekalian!
Setelah sekian lama menyepikan diri, saya berusaha untuk munculkan diri semula di blog ini. Maaf sebab tak dapat nak istiqamah untuk bersama kalian memandangkan masa yang mencemburui kita..kebetulan tahun ini merupakan tahun terakhir perjuangan saya dalam menghadapi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (doakan kejayaan saya bukan saja untuk ini, malah untuk segala perkara yang saya lakukan di dunia dan di akhirat...jangan risau, takkan saya lupa untuk doakan kalian semua :) <3)
Tak begitu lama sebelum ini, saya ada terjumpa suatu pertandingan video pendek Bahasa Arab anjuran suatu organisasi bahasa melalui laman Facebook, iaitu Center for Arabic Language Skills Development atau lebih dikenali sebagai CALSD. Beribu pejabat di Gombak, pusat bahasa ini menawarkan kelas bahasa bersama pakar Bahasa Arab yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan guru-guru Bahasa Arab di Malaysia, malah terdapat juga pakar dari negara luar (dalam erti kata lain, kita panggil native speaker la kan)
Sebenarnya, di page FB pusat ini banyak pertandingan yang berpaksikan Bahasa Arab yang dianjurkan...antaranya pertandingan video pendek bahasa arab mengikut tema-tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur.Semasa saya menjumpai laman ini, tema yang ditetapkan secara kebetulan adalah bebas tetapi digalakkan menggunakan kosa kata yang diberikan (tetapi satu pun saya tak pakai perkataan tu..yang sipi2 ada la hahaha ;D) Hadiah yang ditawarkan pun lumayan (duit kott..walaupun sikit tapi sangat bermakna untuk pelajar macam saya)

Oleh itu, saya dengan penuh bangga dan beraninya mencuba untuk menyertai pertandingan tersebut.
Melihat post tersebut, saya terus dapatkan handphone saya dan menyediakan teks terbaik untuk saya bersedia dengan video tersebut.Jadi, menggunakan teks tersebut akhirnya saya dapat menyediakan suatu video ucapan yang saya ungkapkan di bawah tema "KEPENTINGAN BAHASA DALAM KEHIDUPAN".
(Sorry..tak dapat nak upload video kat sini sebab exceed limit 100MB) :(
Nak lihat video ucapan saya,klik sini:
(Maafla kalau performance tak berapa nak elok...jangan kecam ehh ^^)
Di sini saya paparkan petikan ucapan saya beserta maksud.

Dan kesudahannya....jeng jeng jeng...
Saya tak hantar pun video tu..atas sebab masalah teknikal (masalah teknikal konon...padahal tak reti main setting Facebook) saya tak boleh nak hantar video tu dekat page penganjur...walaupun saya dah set public, pihak penganjur masih tak dapat video yang saya hantar tu.Jadi saya pun redha je la..nak buat camana, tak dak rezeki la jawabnya..last sekali saya fedup nak hantar video tu dan jadikan video yang saya buat tu sekadar untuk kenang-kenangan saja.
Walaupun sedih, tapi saya seronok dapat cuba untuk mengaplikasikan kemahiran bahasa Arab yang saya ada...dan in shaa allah, saya kan berusaha untuk sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Bahasa Syurga..demi Bahasa Arab,Bahasa Kalamullah ini akan ku perjuangkan sehingga ke akhir hayatku.
Tinta luahan hati hamba Allah yang dhaif dan naif,
Atika Zulbaha
PS: Page FB CALSD sentiasa menganjurkan pelbagai pertandingan berkisarkan Bahasa Arab yang menarik dengan hadiah lumayan. Sesiapa yang berminat bolehkan search page CALSD di Facebook.
Taip sahaja: "CALSD".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan