Khamis, 28 Disember 2017

RUJUKAN-RUJUKAN BAHASA ARAB YANG MANTAP

Sememangnya tak dapat dinafikan bahawa dalam memperlajari suatu bidang ilmu itu perlu kepada sumber rujukan yang sahih agar dapat menambahkan kefahaman kita terhadap apa yang dipelajari.Justeru,di sini saya lampirkan beberapa rujukan yang boleh digunapakai bagi menambahkan kefahaman kita dalam mempelajari Bahasa Arab ini:

1.Al-Quran&Al-Hadith
    Yup!Kedua-dua ini adalah sumber utama yang amat penting,kerana asal perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab yang digunapakai pada masakini (bahasa arab fusha) kebanyakannya adalah berdasarkan kalimah-kalimah dalam Al-Quran dan Al-Hadith yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang berasal dari bangsa Arab.Bolehla dikatakan Bahasa Arab fusha ini berfungsi sebagai bahasa ketiga Universal yang digunakan oleh penduduk dari seluruh dunia yang ingin berkomunikasi dalam Bahasa Arab ini.

    Jadi,orang yang rajin baca Al-Quran dan kitab-kitab Al-Hadith secara tidak langsung dia akan turut mempelajari Bahasa Arab secara tidak langsung,meskipun pada awalnya sepatah pun dia tak paham.Juz keep reading!Walaupun hampa tak paham pun,hampa akan rasa tenang baca kedua-duanya dengan lenggok bahasanya yang sangat indah didengari dan dibaca.Lagi indah untuk difahami dan dihayati sekiranya dirujuk bersama-sama terjemahan.

2.Kitab-kitab Kuning (Yang dikarang para ulama' terdahulu)

    Seharusnya kita mestilah mengucapkan terima kasih kepada para ulama yang terdahulu yang bertungkus lumus menyebarkan ilmu yang tak terhingga dalam usaha memastikan umat Islam terutamanya sentiasa maju ke hadapan.Antara usaha mereka dalam memastikan ilmu Bahasa Arab ini agar tidak lupus dimakan zaman termasuklah dengan cara mengarang serta membukukan tulisan-tulisan mereka.

    Antara kitab-kitab yang boleh diambil sebagai rujukan belajar Bahasa Arab:
   
Ilmu Nahu

 a)Matan Al-Jurumiyyah (karangan Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Daud As-sohanji)

     Rujukan tambahan:Huraian Matan Al-Jurumiyyah edisi jawi (Ashafizrol Abd Hamid)
                                        (Penerbit:Pustaka Ilmuwan)

 b)Matan Alfiah Ibnu Malik (karangan Dr.Abdul Latif bin Muhammad Al-Khatib)

     Rujukan tambahan:Syarah Ibn Aqil

 c)Kitab Mulakkhos Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyah (Karangan Fuad Ni'mat)

 d)I'rab Al-Quran wa bayaanuhu (karangan Muhyiddin Ad-Darwisy)


Ilmu Sorof

a) Kitab Mulakkhos Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyyah (Karangan Fuad Ni'mat)

b)Kitab Al-Amthilah At-Tasrifiyyah (karangan  Syeikh Ma'sum bin Ali)

c)Tasrif bina' al-af'aal :mawaazin wal amthilah (karangan Muhammad Hamzah bin Sattar)

d)Kamus Al-Marbawi 


Ilmu Balaghah 

a)Al-mursyid fi Ilm' Al-Balaghah (karangan Uthman Khalid Sa'id)

b)Al-Balaghah Al-Wadhihah (karangan Ali Al-Jarim dan Mustafa Amin)


3.Buku-buku Rujukan Moden
Di samping merujuk kitab-kitab kuning,buku-buku rujukan moden boleh saja dibeli di pasaran kedai-kedai buku,contohnya Buku Nota Ajaib yang kerap digunakan oleh pelajar Bahasa Arab di setiap peringkat,baik di sekolah rendah,menengah mahupun di institut-institut pengajian.



Nak tengok kitab-kitab ni,bolehlah search dekat Google atau laman-laman web yang berkenaan!

Matan Jurumiyyah PDF
Mulakhos Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyah
Balaghah Al-Wadhihah PDF


TIPS CEMERLANG BAHASA ARAB

Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini. Di sini saya berkongsi beberapa tips untuk cemerlang dalam subjek ini.

1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.

3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.

5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.

6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!

7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.

9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.

11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.

12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.

Mudah-mudahan tips-tips ini dapat dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan perkara-perkara ini lebih baik jangan berangan untuk mencipta kejayaan dalam B. Arab.


#KOPIPASTA
#SUMBER:fb page Nota Bahasa Arab
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1272840642771506&id=289907627731484


MY MEMORIES (MISS 2014/SEMINAR DAN PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN @ SM IMTIYAZ DUNGUN 2015)


                             Sewaktu berentap di peringkat akhir MISS 2014 peringkat negeri Kedah
                                                      Johan Kuiz Bahasa Arab (Berkumpulan)



 Kontinjen Kedah di MISS 2014 peringkat kebangsaan di SMKA Sharifah Rodziah,Melaka
  Johan Kontinjen
Naib Johan Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah


Tag MISS 2014(Kebangsaan)


Tag Seminar dan Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2015 @ SM Imtiyaz Dungun,Terengganu
Tempat Ketiga (Berkumpulan)

Nota:Sorry....x banyak gambar yang saya boleh tangkap semasa pertandingan di Terengganu sebab time tu cuma bawak handset Nokia Cokia jer :3 huhu

Rabu, 27 Disember 2017

PABILA MADAH BERBICARA...

Assalamualaikum dan ahlan wasahlan buat kalian semua!

Alhamdulillah..setelah sekian lama tak bergiat aktif dalam menulis blog,akhirnya aku kembali jua

Mungkin dulu tujuan aku set-up blog adalah untuk menulis tentang khat dan kesenian Islam pada awalnya,namun dengan sebab cabaran dan kekurangan yang aku hadapi sepanjang menjalani kegiatan ini,menyebabkan aku terus tinggalkan halaman ini sehingga usang dibuatnya ':) lol

Dan sekarang....aku kembali semula dengan tujuan yang lain,yakni kepada kegiatan Bahasa Arab.Ya,mungkin aku merasakan aku ni masih seorang pelajar sekolah (prauniversiti),dan aku dapat rasa ilmu yang aku ada sekarang ni tak setanding dengan kawan-kawan aku yang dah melangkah ke menara gading,tapi apa salahnya kan kalau ilmu yang sedikit aku kongsikan dengan kalian;bak kata pepatah Inggeris: 

                                                            "SHARING IS CARING"


Malahan,Nabi SAW turut bersabda dalam suatu hadith baginda:
                                   
                                                                بلغوا عني ولو آية 

                                "Sampaikanlah kepada aku walaupun satu ayat"

Tuntasnya,suka untuk aku katakan di sini bahawa ilmu Allah itu luas,kawan...justeru kita sebagai manusia ini sememangnya tanggungjawab kita sebagai penuntut ilmu tak akan terhenti sampai bila-bila,baik dalam hal duniawi mahupun ukhrawi.


Dan adalah harapan saya adalah untuk melihat kalian berjaya,moga2 usaha kita nak belajaq ni memperoleh keredhaan Ilahi selalu,in shaa allah...HOPE YOU ENJOY WITH MY POSTS!

Salam ukhuwah :) 

                    
   
                        

CHANNEL ATA ANIMATION STUDIO ---------------------------------------------------------- Petang tadi ada seorang sahabat dari Algeria meng...